Mandi

Mandi? Aku ke yang mandi? Oh tidak..tidak. Kucing aku yang mandi la. Bukan apa..tapi aku baru belajar cara untuk memandikan kucing dengan betul. Klau tak sebelum ni aku balun je mandikan kucing aku dengan sabun Fab dan berus dawai. Mati tak?

Nak Tahu Cara Memandikan Kucing Dengan Syampu Ubat dengan Betul?

Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti :

  • Tuala
  • Air suam
  • Sikat khas untuk Kucing
  • Syampu Ubat
  • Pengering rambut

Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Biasanya tungau scabies ataupun kulat sering menyerang di bahagian telinga luar serta dalam. Manakala kutu pinjal pula seirng menyerang di bahagian atas kepalakucing dan seluruh bahagian badan kucing.

Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang

Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 – 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.

Setelah temoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.

Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering sampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau.
Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.

~ by adriananatasya on February 15, 2008.

One Response to “Mandi”

  1. i bakal dpt kucing lagi, u oll nak tak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: