Jom Makan

Bertemu lagi diruangan kakak yang tak seglamer mana ni. Hari ni kakak nak share satu resipi yang memang kakak suka. Selalu gak kakak buat. Paling selalu ialah beli yang beku kat Jusco dan bakar kat rumah. Hehehe. Tapi jangan kata kakak propa pulak kata kakak pandai buat menatang ni. Kakak kalau suka satu-satu makanan tu kakak mesti belajar buat ok. Paling baru sekali kakak belajar masak gulai daging campur bua rambutan. Pelik kan? Tapi rasa dia memang sedap. Yang tu lain kali kakak post kat sini. Hari ni kita belajar masak lasagna, atau disebut la-sag-ni-ya. Motif dekat dekat ngan laksa?

Bahan-bahannya

Lasagne sheets (pilih yang pre-cooked or no cooking required)

Bahan2 untuk filling sauce :
Tomato Puree
Cili Boh
Daging cincang
Bawang putih
Bawang merah (dihiris halus)
sedikit herbs
jintan manis
gula, garam and lada sulah
Stock cube daging
Air

Caranya:
Tumis bawang putih dan merah hingga layu. Masukkan cili boh, cumin and tomato puree dan goreng hingga garing. Bila dah Ok, masukkan daging cincag dan kacau hingga sebati. Dah Ok, masukkan air dan stock cube dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan pepper secukup rasa.

Hint :
Kalau yang nak merasa seafood pulak, gantikan daging cincang dengan seafood mix macam sotong, udang, fishball ke.. dan gantikan stock cube daging denganstock cube ikan atau ayam.

Bahan2 utk White Bechamel sauce :
ni agak rumit sikit tapi kalau first time tak jadi, cuba lagi lah, saya pong kekadang kena try 2-3 kali!!!

Mentega (dalam 2 senduk)
tepung biasa (2 tablespoon)
susu (susu fresh atau susu UHT)
6 biji cloves (sorry… lupa nama melayu)
bawang satu labu
salt and pepper
bay leaf atau daun selasih

Caranya
1. Cucuk clove dalam bawang. Panaskan susu dalam saucepan dan masukkan bawang tadi dan daun selasih/bay leaf. Susu tak payah mendidih – cukup bila panas je. Ketepikan dan buang bawang tadi.
2. Cairkan mentega atas api sederhana. Bila dah cair, kecilkan api. Taburkan tepung sudu demi sudu dan kacau continously! Mentega tu akan meresap kat tepung jadi mesti jaga2!! Tepung tu sudah masak bila bau wanginya naik.
3. Bila agak OK, masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau hingga sebati. Senang kalau pakai hand whisk. Masukkan salt and pepper. Bechamel sauce ni warnanya creamy.

Menyediakan Lasagne :
1. Panaskan oven (dalam 250 deg. Celsius kira OKlah) Bila 2 sauce dah ready, sediakan satu rectangular pan (tinggi dalam 3-4 inci)
2. Layer filling sauce, followed by the lasagne sheet and then the bechamel sauce. Repeat sampai sauce semua habis. Akhirkan dengan sauce bechamel tadi.
3. Bakar dalam oven selama 25-30 min. Kalau nak tahu masak, cucuk lidi dan rasa kalau lasagne sheet tu keras ke lembut. Bila dah nak masak, tabur parmesan cheese dan masukkan oven sekejap
4. Bila dah masak, potong empat persegi dan hidang sama garlic bread. Selamat mencuba!!!

Ok you’olls, ni lah rupa binatang lasagna ni kalau dah masak. Mula-mula tu mungkin rasa janggal sikit makan menatang ni sebab asyik jatuh je dari garfu. Tapi memang sedap. Mrasalah kejap nak jadi mat salleh kan? Nanti kalau dapat laki mat saleh bende ni jugak korang kena masak nanti!

~ by adriananatasya on March 28, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: