Resipi Hujung Minggu

Lama gak rasanya tak hapdet kat sini.. padahal baru sehari. Biasala akak kalau ujung minggu ni akak punyer aktiviti memasak. Hari ni terasa nak meamsak rendang ayam. Korang tau kan rendang ayam? Akak suka buat yang tak masuk kerisik. walaupun kalau nak diikutkan kerisik adalah bahan utama dalam buat rendang ni. Tapi kawan-kawan akak tak suka. Mungkin diorang dah biasa makan yang ada kerisik kot. Akak tak kisahla babtu, asalkan kalau akak masak.. leh habis. Kalau tak habis naya lak.

Cara-cara nak buat rendang ni sebebanrnya simple aje. Ada orang kata susah nak buat, tapi bagi akak senang je. Biasanya kalau hari raya akak mesti turun dapur punyerla menolong mak akak buat rendang ayam, daging ataupun kerang. kalau untuk menu harian kekadang mak akak buat jugak rendang udang, sedap tau. So cara-cara nak buat rendang ayam ni macam ni:

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-potong
30gm cili kering-kisar
5 helai daun salam
5 helai daun limau purut
santan dari 1 biji kelapa
10 biji buah keras-kisar
20gm kerisik
garam n gula
minyak

Bahan Tumis:
160gm bawang merah
100gm bawang putih
40gm halia
40gm lengkuas
4 batang serai
20gm kunyit hidup

Cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan tumis dan cili kering hingga naik bau n garing sedikit.
Masukkan santan, buah keras, daun salam n daun limau. masukkan ayam, gaul sebati. Masukkan garam dan gula. Masukkan kerisik dan masak hingga pekat dan hampir kering.

Senang je kan? Macam melancao jerk. Hahahah. Cubala try masak dan hidang kat laki korang, sure dia tak lari punya. Tapi kalau lari jugak jangan kejar akak pulak ye. Bye!


Macam nilah keadaan rendang ayam yang dah siap dimasak. Menyelerakan tak? Rasa macam hari raya pulak dah.

~ by adriananatasya on April 13, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: