Aku Dan kenanganku

Mak aku pernah menanam pokok ini di sekeliling rumah. Tapi kini tidak wujud lagi sementelah beberapa renovasi dilakukan di rumah. Sekarang pokok orkid dan bunga kertas mendominasi ruang halaman. Hobi mungkin.

Aku tak pasti nama bunga ini. Tapi ada kenangan disebaliknya. Arwah abah aku pernah menanam pokok ini di tepi telaga. Katanya pokok liar dari hutan, diambil dari sebuah ladang getah di Perak. Baunya agak busuk, tapi indah dipandang mata. Pokok ini masih wujud di halaman rumahku. Setiap kali aku terpandang, setiap kalilah aku teringat arwah abah. Pemergiannya beberapa hari sebelum Syawal yang lalu meninggalkan bekas tak terpadam di hati ini.
Kawasan belakang rumahku masih seperti dahulu. Ada beberapa pokok seperti betik dan belimbing buluh. Mungkin lain kali aku boleh paparkan di sini. Tapi pokok ini memang merumpun segar. Walaupun ditebas, diracun, tetap melata. Biasanya tak cantik.. tapi bila dilihat dari lensa kamera nampak menarik pula.

Air terjun? Aku sangat sukakan air. Pernah aku diperli seorang kawan kerana sering benar berkelah di air terjun. Tapi aku rasakan ia tempat yang sesuai di Kuala Lumpur ini untuk mencari ketenangan. Maklumlah, mana nak cari pantai kat sini kan?


Aku masih rindukan kampung halaman. meskipun aku tahu ia bukan tempat yang sesuai bagi aku. Aku masih didesak keluarga untuk tinggal di kampung. Aku buka demand, tapi aku faham mentality orang melayu yang menganggap isu kecil solah isu yang taboo. Saudara mara bagiku ibarat musuh dalam selimut. Mungkin bukan semuanya, tapi aku cukup berjaga-jaga.

Aku hidup dalam suasana indah permai. Dahulu semasa aku masih bersekolah, aku sering singgah ke pantai setiap kali petang. kedamaian, dan aura pasir dan ombak menenangkan aku. Di situ mengerti tentang erti kehidupan yang sebenarnya. Di situlah aku mendapat ispirasi tentang kehidupanku yang ganjil ini.

~ by adriananatasya on April 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: