Review Konsert Ke 8 AF6

Photobucket

Photobucket

Minggu ini Konsert AF meraikan hari ibu. Aishah diundang menyanyikan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu. Memang menyentuh perasaan lagu tu. Tak dilupakan lagu tugasan pelajar yang menjadi pembukaan iaitu Sembunyi dan Ada Apa Dengan Cinta. Salute dengan pembukaan, sebab nampak perfect je. Tugasan individu tak tahulah. Maatilah. Pengkritik minggu ini terdiri daripada Kak Ogy, Ning Baizura dan Ida Nerina.

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula:
• Stacy 21%
• Riz 18%
• Stanly 16%
• Nadia 15%
• Toi 15%
• Nubhan 15%

Harus diingat bahawa pandangan ini adalah dating dari pandangan hati dan halwa telinga saya sendiri, jika anda tidak bersetuju, SILA TUTUP TELINGA!


Toi – Kasih Berduka (M. Osman)(2.5/5)

Surprised.. akak rasa cam mimpi je bila Toi nyanyi lagu ni tanpa banyak cacat cela seperti minggu-minggu terdahulu. Mungkin dia dah fed-up kena marah ngan pengetua kot.. atau dia sedar kedudukan dia yang agak runcing kebelakangan ni. Overall ok la.. ditambah ngan kehadiran Datok A. Rahman Hassan enteframe kat atas pentas tu. Sebenarnya akak memang dah rasa boring dah ngan Toi ni, kalau boleh akak nak wat sembahyang hajat supaya Toi keluar bersama angklung-angklungnya. But however I really surprised with his performances yesterday.


Nadia – Karma (Cokelat)(3/5)

This girl had a very weighty voice, tapi nampak buruk kalau ditekan-tekankan hingga menyakitkan telinga. Dari lagu Elyana dulu, akak rasa dia macam sama je. Asal lagu tu catchy sikit, diapun mulala tergedik-gedik kat atas pentas tu. Mungkin sebab tu kedudukan dia berada di bawah sekali selepas undia ditutup. Heloo dik, kalau saban minggu makan nasi ayam jew, mestilah jemu kan? Bagila pulak pizza ke, spaghetti ke.. ok gak. By the way akak suka skirt ko tu. Beli kat mana eh? Nak jugak!


Stanly – Naluri Lelaki (Samson)(3/5)

Motipppp ko turun-turun pentas? Ni lagi satu yang akak rasa pushing so hard in his throat. Kalau yepun nak impress penonton.. cubala pendekatan yang berilmu sikit macam Kak Ning cakap tu.. Kesian Siti Hajar asyik kena focus kamera tiap kali bab vocal diutarakan. Akak napak persembaha dia macam tak natural. Api kelemahan vocal yang ada minggu-minggu sebelum ni dah tak ada dah. Maksud akak dah kurang. Banyak peningkatan ye korang minggu ke lapan ni.


Riz – Laskar Cinta (Dewa 18)(2.5/5)

Oh Riz.. saying ngan persemaha kau melam semalam, kalau ye pun kau tak minat lagu tu, anggaplah ini satu cabaran. Ni tak, ko 24 jam kalau boleh nak cakapkau tak suka lagu tu. Akak dengar permulaan nyanyian kau tu ada sumbengg sikit. Rasa kalau akak nyanyipun ok. Motipp Ida Nerina cakap muka kau macam Jehan Miskin? Persembahan Riz macam dibuat-buat dan ketara dia tak bersatu ngan lagu.


Nubhan – Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)(4/5)

Wah.. akak sua lagu ni sebenarnya, so memang akak tunggu Nubhan nyer persembahan. Muzik live memang susah sikit.. sebab kalau dalam album kan takdemuzik intro. Tu yang nampak macam ko tak sure bila nak masuk tu. Bila sampai part hujung-hujung tu ko dah banyak terkucil dah sampai berkerut sikit dahi akak. Bukak sikit mulut tu besar-besar. Aaaaaaaa…. Cam tu.. so ko leh la tarik tinggi sikit. Yang penting akak memang cair dengar suara ko. Lagipun akak suka ko nyanyi sebab tan macam AIzat tu.. sebutan alal-ala mat salleh… cinta disebut CHIN-THHA.. maatilah.

Download MP3 anya Kau Yang Mampu-Nubhan –KLIK sini


Stacy – Gembira Hidup Ini ( Farah)(5/5)

Serius akak tak minat lagu ni. Tapi stacy memang best.. Dia buat lagu ni sedap pulak. Akak suka kereografi Stacy sejak lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi lagi. Walaupun minggu lepas akak komplen akak tak suka nyanyian lagu Hati dia, tapi minggu ni, akak suka balik. Stacy happy je kat atas pentas sampaikan semua orang terhibur. Akak yang tak minat lagu ni (memang semua lagu Farah akak tak minat.. asyik dok jerit-jerit memanjang) tapi akak memang terhibur. Cayalah Stacy!

Download MP3 Gembira Hidup Ini – Stacy KLIK sini


BONUS MEDLEY : Paling Comel (Nana+Achik) & Tak Tahu Antara Dua (Farah + Adam)

Agaknya dorang ni dah penat sampaikan ada yang tercungap-cungap menga especially Stanly waktu nyanyi lagu ni sambil menari. Motipp Toi tak nyanyi?


So malam tadi akak bengang jugalah sebab tak ada penyingkiran. Adakah sebab Nadia??? Konspirasi kah??? Akak tak tahulah. Yang penting akak harap tahun ni tiada sebarang kontroversi dan konspirasi. Yang penting akak boring ngan lawak AC ok. Berikut adalah kedudukan pelajar selepas tamat konsert:


• Nubhan 19%
• Riz 19%
• Stacy 18%
• Stanly 16%
• Toi 16%
• Nadia 13%
Oklah uols.. akak nak makan nasi ayam jap. Tadaaa…..

~ by adriananatasya on May 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: