Nasi Lemak

Photobucket

Wah, akak baru makan nasi lemak yang dibeli di restoran sebelah. Menyelerakan sanga. Tengoklah gambarnya tu. Sedap kan? Siap ada ayam lagi. Bila makan nasi lemak ni teringat kat nasi lemak yang mak aka buat. Sedap hingga menjilat kaki. So aka selalu jugak masak nasi lemak kat rumah (untuk hidangan akak sorang je la) tapi taklah sesedap yang mak akak buat. Air tangan ibu agaknya. Akak pun baru je belajar masak nasi lemak ni dari kawan akak. Yang penting akak punya nasi lemak lagi sedap dari nasi lemak dia. Tetiba*

a. Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia
1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak

1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur nasi lemak tu). Ubah nasi ynag belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang kan lah.

b. Nasi Lemak Bertumis

Bahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
1. Potong bawang nipis2
2. Potong halia nipis dan halus
3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
4. Tumis bawang dan halia
5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
6.Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
7. Masak sampai nasi masak.
Siap dah pun.

c. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat dari stove.
Dah sedia untuk dimakan
Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.

Selamat mencuba. Esok kan week-end boleh masak sendiri atau suruh ayang kat rumah tu masak. Lepas tu puji lah sikit kata sedap. Bukan puji resepi aku tapi air tangan orang yang memasak tu lah….

~ by adriananatasya on May 15, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: