MY RECIPIES – Sup Ekor

Jangan dok terbeliak biji mata tengok gambar kat bawah ni. Kalau nak, masak sendiri, takpun beli je kat kedai. Muahahaah. Aku esok nak masak sup ekor. memang leceh sikit sebab kena tunggu ekor tu betul-betul empuk. Kalau tak, takleh gigit kang ekor tu. Buang karen jew. Tu pasal tak ramai orang yang suka masak sup ekor ni kat rumah. Tapi aku tak kesah. Asalkan sedap. Lagipun kalau masak kat umah leh letak banyak sikit. Kat kedai biasa dapat tiga ketul je. Kedekut!

Photobucket

Bahan-Bahan:
600 gm ekor lembu
600 gm ubi benggala (kentang)
1.5 cm kulit kayu manis
4 keping halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
4 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:

Potong ekor lembu mengikut ruas atau katamnya. Bersihkan. Ricih halia dan bawang putih. Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Belah empat ubi kentang dan bawang besar. Rebus hingga empuk. Masukkan bungkusan rempah dan rebus lagi. Masukkan garam dan daun saderi serta daun bawang. Sementara itu panaskan minyak dan tumiskan bawang merah hingga kuning. Tuangkan tumisan ke dalam sup yang sedang mendidih. Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.

~ by adriananatasya on May 23, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: