Sotong Goreng Tepung

Lama dah rasanya aku tak kongsi apa-apa resipi di sini, kalau tak silap kali terakhir ialah resipi rendang ayam tanpa kerisik. Konon taknak makan kerisik tapi santan tu tetap menggemukkan. Khannn? So hari ni aku nak kongsi satu lagi resipi kegeamaran aku. Rasa kalau ada makanan ni, satu periuk nasi pun boleh habis. Kadang-kadang makan di kedai tak sepuas bila kita masak sendiri. Salah satu sebabnya ilaah kita boleh buata sebanyak mana yang kita nak. Tu jelah satu sebab yang aku tau. Kalau baba jimat tu dah takde makna sejak harga minyak naik ni. Kekadang kalau aku kira, makan kat luar lagi jimat dari masak kat rumah. Matilah!


Tengoklah sotong tu uolss… kesedapan hingga menjilat kaki ni. Mak kalau dapat makan ni… jantan bogel lalu depan mak pun mak wat bodoh je. Matilahhh!

Bahan-Bahan:
2 Sudu Tepung jagung
2 Sudu Tepung gandum
2 Sudu Tepung beras
3 biji telur & sedikit garam
(dipukul)
6 ekor sotong (potong bulat)

Cara:
Bersihkan sotong (buat kulit hitam dulu)
kemudian toskan airnya
3 jenis tepung (dicampur, gaul)
panaskan miyak, celup sotong kedalam telur kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan. Sedia Untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
makan begitu sahaja pun sedap atau cicah dengan sos thai

~ by adriananatasya on June 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: