Insiden

Huwarrgghhhhhh…. ngantok tahap Gaban dah. Balik rumah pukul 3.00. Dok lepak ngan Nubhan, Ika dan Mama Rina kat kedai mamak lepas show kat Planet Hollywood malam tadi, bergegas aku balik. Nasib baik tak eksiden. Kalau dah nagntok tu macam-macam leh jadi. Disebabkan handpon aku battery low.. so aku tak ambik gambarpon malam tadi. Tapi stay tune je.. aku akan dapatkan gambar dari kamera kawan aku nanti. Tunggu ok.

So insiden yang sebenar-benarnya berlaku di rumah. Ingat tak dulu aku pernah cakap bahawa aku takut kalau hamster kawan aku dijamah oleh kucing kesayangan aku. Wahh.. ayat! Dan ia benar-benar terjadi. Wakakkaaka. Aku balik dalam keadaan mengantuk terus jadi segar. Aku tengok sangkar hamster tu dah jatuh atas karpet dan serbuk-serbuk kayu bertaburan di seluruh rumah. Hamster mana??? Maatilah! Aku tank nampak dah hamster tu. Dan jadilah satu kerja untuk aku dan kawan aku iaitu mencari hamster yang sekecil ibu jari tu.

Photobucket

Wah… remote astro aku tu asalnya dok kat dalam sangkar hamster ke? Musykil ni! Rumah aku ke ni? Mana hamster-hamster tu? Alamak…. Hampehh tul!

Lastly jumpa jugak seekor di belakang kabinet dapur. Nak menangkapnya bukan senang. Tapi kan…. mana seekor lagi? Ni la yang hampeh tu. Aku terfikir secara tiba-tiba. “Dimana kucing aku???” Wahh.. terus aku pergi ke bilik air dan aku nampak kucing aku tengh main BOLA. Dilambung-lambungnya hamster tu… nasib baik tak masuk dalam toilet bowl. Setelah dipujuk-pujuk akhirnya kucing tu mengalah jugak. Itupun kami terpaksa ambik hamster tu dari dalam mulut dia. Nasib baik dia gigit-gigit manja je. Tapi aku kesian tengok hamster tu. Trauma gila dia agaknya. Sampai tak cukup nafas aku tengok dadanya berombak. Leher dia basah lagi dek kerana dok dalam mulut kucing aku tadi. Bertuah punya kucing. Nasib baik ko tu kucing kesayangan seisi rumah. Kalau tak.. habizzzlah.


Photobucket

Korang tengoklah.. kucing ni trauma tahap langit ke sembilan dah. Nasib baik tak mati.. kena makan ke? Tapi aku rasa kucing aku tu main-main je kot. Lagipon seumur hidup dia yang dah satu setengah tahun tu, mana dia pernah nampak tikus. Wakakakakaka!

~ by adriananatasya on June 16, 2008.

2 Responses to “Insiden”

  1. wakakakakkaa… kucing takkan makan punya laaa kalau kucing tu dah biase makan makanan dalam packet tu..

    aku penah letak ikan emas kat depan kucing aku dulu.. tu pon die main2 sikit je.. xde pon makan..

  2. waah…sian hamster tu…ekekeke..mmg kucing ko selamat la..coz ramai yg syg kt dia..lau xsyg…wakkakaak.matilaaaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: