Lapan (8) Fakta Tentang Aku (Tag Dari Eleza)

Oh no…. kena tag lagi. Tapi apasal tag yang aku dapat semua senang-senang belaka (kecuali tag dari Kai yang membuatkan kepala aku biol jap) dan ala-ala petik jari je? Oklah, dan tanpa membuangkan lebih banyak masa lagi, inilah jawapan kepada tag Cik Lijah kita. 8 Facts About Me. Tu dia gambaq!

1. Pendiam – Aku memang pendiam, lebih-lebih lagi kalau bersama dengan orang yang aku belum kenal. Contoh paling tepat adalah semasa gathering StacyFC tempoh hari. Sampaikan ada yang kata aku tak seperti yang dilihat di chat room. Itu aku akui 90%. Tapi awassss kalau aku dah kenal dengan seseorang tu… mulut aku akan bertukar jadi bertih jagung. Aku memang suka cakap laju sebenarnya. Masa sekolah dulu cikgu pantang suruh aku membaca sebab kononnya pelajar-pelajar lain tak faham, or lambat faham. So what? I direct foward… wakakakak!

2. Suka Kucing – Dari aku dok ngan family sampailah aku dok bujang ni, aku mesti ada kucing. Since aku dok bujang ni, jumlah kucing yang paling banyak aku pernah bela ialah 8 ekor. Itupun sebab dia beranakla. Heheh! Kucing aku mandi seminggu sekali, tak macam kucing kat rumah Kos tu… busyukkkk… Waaaa… matilahh!

3. Suka Shopping – Shopping tak kira di mana tempatnya! Pukul 2 pagi pun still leh shopping what? Downtown dan Uptown still open. Hiks!

4. Tak suka SMS – Betul, aku rasa sakit jari jemari aku menekan butang telefon. Kalau ada hal penting, either aku call dorang atau orang call aku. That’s the rule. Kekadang terpaksa jugak SMS, tapi tu la… aku malas sikit.

5. Jakun – Ini topik yang agak menarik! Memang aku jakun tahap cipan! Pantang ada benda yang pelik sikit akulah orang pertama yang akan pergi ke depan untuk melihat. Kadang kadang kalau just setakat budak menangis tepi jalanpun aku leh excited nak pergi tengok. Bila la perangai buruk aku ni nak berubah?

6. Sombong – Penafian sebenarnya. Aku tak tahulah tapi ramai kata riak wajah aku macam sombong. Ntahlah… nak tersengih 24 jam orang kata aku gilossss pulak. Tapi siapa yang kenal aku, dorang tahu lah aku ni macam mana sebenarnya.

7. KFC – Wakakaka! Napa tajuk ni masuk sekali ni? Seminggu paling koman sekali mesti aku balun kfc. Tulah badan pun dah macam ayam. Pantang ada produk baru.. aku akan tampil jadi tester! Gittew!

8. Cemburu – Cemburu apa ek? Aku selalu cemburu pada orang lain. Contohnya kalau aku nampak boypren dia hensem, aku akan jeles. Tapi setakat jeles je la, takderlah sampai aku bunuh orang tu. Kalau nak merampas pon susah…. I tak retti goda-goda lelaki ni. Ye ke?


So, tulah 8 lagi fakta tentang diriku yang berwajah Adobe Photoshop ni. Aku malas nak tag sesaper since aku lebih rela kena tag. Betul ke ayat aku ni? Wakakakaka!


~ by adriananatasya on June 25, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: