Lontong

Erm… akak suka sangat nagn lontong ni. Tadi tetiba akak tertanya kat boypren akak, apa yang dia nak akak masak ujung minggu ni. Dia kata lontong. Akakpun katalah akak tak kisah. Walauponn akak sebenarnya tak tau camner nak masak lontong ni. Setelah berzikir sekejap, dan bertafakur serta yoga, akak telah menjumpai resipi lontong ini di internet. Akak kena baca banyak kali sampai khatam kali yang ke 900 baru akak leh berjaya buat lontong ni gamaknya. Huhu!

LONTONG / SAYUR LODEH

Bahan-bahannya

  • ½ kg nangka muda, direbus hingga empuk
  • 1 paket tahu kering, direndam dan potong selebar 3 inci
  • 1 biji sengkuang, dihiris panjang seperti batang mancis
  • 1 batang lobak merah, dipotong serong nipis
  • ½ biji kobis, dihiris
  • 8 batang kacang panjang, dipotong serong nipis
  • 3 keping tahu, dipotong 2 dan digoreng
  • 2 liter santan
  • 500 ml air
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 4 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
18 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
3/4 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 biji buah keras
2 inci halia
2 inci kunyit

Cara-caranya
1. Nangka muda direbus sehingga empuk. Sayur mayor dibersihkan dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, lengkuas dan bahan yang dikisar. Masukkan juga daun kunyit dan daun salam. Tumis sehingga naik bau dan garing.
3. Masukkan pula garam, serbuk perasa dan air. Masukkan sengkuang, lobak dan kacang panjang masak sehingga ia layu sedikit. Kemudian masukkan santan dan juga nangka muda, tahu kering dan kobis.
4. Jika kuahnya terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit. Rasa kuahnya jika ada yang kurang, tambah garam secukupnya.
5. Bila kuah telah mendidih, padamkan api.

Nota: Kuah lodeh ini selalu dihidangkan bersama lontong, sambal tumis sotong kering, serunding, sambal goreng pengantin dan telur. Untuk kuah lodeh tahan lama, jangan masukkan tahu yang telah digoreng, tetapi sewaktu menghidang letak tahunya.

nuffnang_bid = “0664d5c2c552433d9e7333fe3909457a”;

~ by adriananatasya on July 13, 2008.

5 Responses to “Lontong”

  1. lapar mak adik dgr nieh.wah..mak oih..nak jugak..<---telan air liur suda nieh..ekekeke.larikkkkkkkk

  2. Pasal LONTONG ni aku penah kena gelak member2. Masa tu baru jer datang dari Sabah. kat sabah…Nasi Himpit tu kita panggil LONTONG, so bila pegi beraya 1st.time kat umah kawan di Gombak…saya tanya, “hari tu kata menu ada lontong/” dia kata…ada …ambil je la ya…so ingatkan kawan tu dah sewel dek kerana busy layan tetamu, bila kutuk dia kat kawan yg lain…mereka gelak aku kerana X nampak LONTONG kat atas meja tu…mesti la aku pening kerana X nampak nasi himpit yg aku tau adalah LONTONG

  3. lontong ni kalau org jawa cakapla.. biasa dlm bahasa lain, org panggil sayur lodeh.

  4. perghhh meleleh! sambal telur sampai 3 bijik?? wey mlm ni tapau laaa pi umah kos.. hik! hahaha

  5. ahaks bro kos…klakar larh..ekekeke..sedap kan lontong..mm bile rr dpt mkn dari hasil air tangan si riana nie..huhu..ntah sedap ke x..hiks..larikkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: