Aku Dan Kek Coklat Kieww

Time-time banyak masalah ni memang hobi makan tu makin menjadi-jadi. Camana tak jadi gajah? Ni akak baru pas melantak kek cokolat yang sangat sedap. Lazat dan sungguh menyelerakan. Aduh… RM 5.00 melayang untuk sepotong kek ni. Tapi akak dah macam orang mengidam. Memang sungguh sedap. Kene belajar cara buat kek ni, baru aman hidup akak. Ahahahha. Rasa cam di syurga bila dapat makan kek sesedap ini.


Bahan-bahan ( 18 cm )

* * 150g coklat
* * 50g mentega
* * 50cc susu segar
* 3 biji telur
* 50g tepung
* 10g serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 40g gula aising
* Secubit garam

Cara-cara

1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
3. Panaskan oven ke 140 degree
4. Asingkan telur kuning dan putih.
5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
9. Bakar selama 45 minit.
10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising

~ by adriananatasya on August 21, 2008.

3 Responses to “Aku Dan Kek Coklat Kieww”

  1. alamak!! TIDAK!!! ALAMAK!!!!! SEDAP GILEERRR TU RIANA!!😀

  2. sedap sangat.. hingga mengorbankan diet kieww…hiks

  3. Memang sedap sangat kek ni, walaupun mahal sikit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: