Kuih Tradisional – Koleh Koleh

Ini merupakan kuih peberet haku sejak zaman jahiliah lagi. Dulu mak aku selalu masak kuih ni. Aku tak tau nama dia, just call kuih kacang je. So sekarang baru tahu bahawa nama saintipik kuih ini adalah koleh-koleh

Photobucket

KOLEH KOLEH

Bahan-bahannya

  • 500 gram tepung kacang hijau
  • 250 gram gula hitam (gula timbang)
  • 100 gram gula pasir
  • 1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
  • 1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
  • 500 ml santan kotak
  • 1500 ml air
  • 1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa

Cara :
Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. Masak sehingga mendidih. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunannya akan meletup-letup. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.

Panduan:
Tepung kacang hijau yang digunakan, adalah sama dengan tepung kacang hijau untuk Tepung Gomak. Minyak kelapa yang digunakan, adalah minyak yang terdapat setelah membuat tahi minyak.

Nota dari saya:
1) Saya suka gunakan gula melaka instead of gula hitam (kerana lebih lemak).

2) Anda boleh membuat sendiri tpg kacang hijau tu. Kacang hijau dibersihkan lalu dicuci/bilas dangan air dan toskan hingga kering. Sesudah tu sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali hingga kacang tu bertukar warna keperang-perangan lalu diangkat. Kisar hingga halus. Hah.. siap digunakan. Kalau nak ringkas, beli je yang dah siap tapi mahal sketlah harganya!

3) Tak perlu bubuh pewarna coklat jikalau setelah tepung kacang hijau tu dibancuh, warnanya dah cukup gelap.

4) Kalau nak lebih sedap, gunakan santan pekat asli yang diperah dari kelapa putih parut.

5) Untuk membuat tahi minyaknya, santan pekat tu hendaklah dimasak dalam kuali. Pada permulaannya buka api yang agak sederhana besarnya sambil dikacau-kacau sekali sekala. Bila santan memekat dan ‘bergentel-gentel’, kecilkan api dan kacau-kacau lagi sehinggalah akhirnya, ia menjadi tahi minyak yang berwarna perang.

~ by adriananatasya on September 5, 2008.

5 Responses to “Kuih Tradisional – Koleh Koleh”

  1. wahhh!! saya pun suka kuih ni. kole kacang kita panggil. x kisah la kan…janji sodap sampai ketulang sum2

  2. uih..sedapnye kuih nie…

  3. wei..sodap ni wei…send kt aku wei…tringin nk mkn air tgn ko..hiks…dengar kater sodap ko masak ni..

  4. sapa cakap? memandai jek orang tu cakap… air tangan aku hampehhh

  5. eh2..bkn ko ke ckp??air tgn ko tuh..hiks..bukn air yg ko da bsuh tgn..harharhar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: