My Job As A…

Istimewa buat Fifiey yang sebok bertanya tentang kerja baru aku sebagai pengedar dan pembuat tepung kek dan biskut segera serta mengusahakan kedai kek dan biskut Enak Rasa Bakery di Puchong ni, aku dengan rela hati nak ceritakan serba sedikit sehari kerja aku di sini. Enjoyable tau, walaupun dah takleh chatting kat CR anymore. Hohoho.. Hari ni tak ada sebarang pembuatan tepung dilakukan, tetapi kerja-kerja pembuatan sampel biskut dan kek bagi setiap produk. Aku sempat buat 8 jenis kek dan biskut antaranya biskut straberry chip, almond london, donut, pizza, samperit badam, brownies dan tat nenas. Semuanya menggunakan tepung kek adunan segera yang dijual oleh syarikat kami ni. Semua lengkap dalam tepung tu. Cuma kene tambah bahan-bahan cair seperti butter, essen, pewarna dan susu sahaja ( jika perlu untuk sesuatu resipi )

250 gram butter biasanya diperlukan untuk setiap kampit tepung. Jumlah biskut bergantung pada jenis resipi. Biasanya satu kampit tepung boleh buat satu balang biskut jugakla. Time ni aku potong butter untuk buat Strawberry Chip.

Adun jangan tak adun. Pasni kene ramas-ramas pakai tangan lak. Essen strawberry dan pewarna pink dah dicampurkan bersama 250 gram butter tadi. Wwwahh, aku siap bagi resipi lagi. Motippp????

Setelah dicampurkan sekali dengan tepung segera, pastu diramas-ramas ibarat meramas ciknek, beginilah jadinya. Cik Temah mesti suka kerja ni. Dia expert bab ni!

Adunan untuk buat brownies, satu kampit tepung segera di campurkan dengan 180 gram coklat dan 100 gram butter yang dicairkan , serta sedikit susu. Senang je kan?

Kek coklat ni ala-ala cacat sikit sebab melimpah keluar. Alasannya, mak tersilap pakai dulang uol! Patutnya kena pakai yang besar sikit.

Orange cake. yang ini customer punya. Bukan untuk sampel. Dia order untuk besday anak dia. walaubagaimanapun akak lupa nak snappy time hias kek ni. sengal tol aku!

Antara tepung-tepung yang dah siap untuk dijual. Harga antara RM 10.00 ke RM 13.00 saja, mengikut jenis. Kalau ada yang berminat sila lah contact akak ye.. Dah jadik bisneswomen lak dah. Hohoho!

~ by adriananatasya on October 28, 2008.

4 Responses to “My Job As A…”

  1. kalo ko ada jual yam cake bgtau aku yer… ala yam cake takyah cream2 pon ok… boleh lah ko buat biznez kat tenet… serius buat duit tuuuu…. lepas ni blog ko jadi blog biz pulak… lumayan tuuuu… wish all the best

  2. insyaalah… tengah nak try buat portal khas untuk bisnes ni..

  3. waaaaaaaahhh..lumaaaayan banget..mo lwn tokei donat ini…hohoho.. :p
    -nebess-

  4. hehehe..tepung pelita x der ke.??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: