Tag Cik Temah

Gitulah kan? Kalau start sorang dah mula main tag, semua orang kene tag. Akupun tak terkecuali gamaknya. Walaupun ada beberapa tag yang aku dah skip, especially macam tag pasal breast cancer, tapi tag yang ini aku takleh skip. Sebab tag ini diberikan oleh Cik Temah kita. Ngan Cik Temah aku kene kipas kuat-kuat sikit, mana tau leh share laki dia. Sharing is caring. Tak gittew??

1) List down 15 weird things / habits / little known facts about your self .
2) Tag 10 people and not tagging back

1. Aku benci reptilia, tak kiralah ular ke, biawak, iguana, gajah, lembu, katak. Ooopss, reptilia ke? Tapi iguana dan ular paling aku takutla. Geli dengan sisik-sisik ular tu. Macam belutpun aku geli gak. Euuwww!!

2. Jangan marah kalau korang sms aku, tapi aku lambat balas, atau tak balas langsung. Better uols call je aku, sebab aku tergolong dalam kategori malas nak taip sms.

3. Aku lebih suka makan biskut dari makan biskut. Tapi sejak kerja kat bakery, aku terpaksalah belajar buat segala bagai cookies. Baru tadi aku buat almond london. Sedap wei aku buat. Hingga menjilat kaki gittew.

4. Aku bukan jenis yang senang nak tidur malam. Biasanya paling awal aku tidur jam 3 pagi. Masa terluang tu aku habiskan dengan menonton tv atau surf internet.

5. Kalau ada sale, aku paling awal pergi. Especially kalau sale alat mekap. Laju je aku pergi mebeli belah. Baru-baru ni kaunter Revlon buat sale. Liquid eyeliner semurah RM 15!! Mau aku tak sambar?

6. Aku suka mandi. Sehari aku mandi lebih dari tiga kali. Ada orang cakap mandi malam tak baik untuk kesihatan, tapi aku konsep redah je. Kalau tak mandi aku tak dapat tidur pulak.

7. Aku tak suka keluar bila time takde duit. Walaupun ada duit, tak semestinya aku akan membeli barang, tapi kalau takde duit lagi harammm aku nak keluar jenjalan.

8. Aku memang kuat berangan. Kadang-kadang sambil jalanpun boleh berangan. Sabtu lepas aku balik dr rumah bomoh kat Setiawangsa. Jap… bukan aii yang buat mak esah ye… tapi kawan aii. Waktu turun tu aku berangan hapa ntah.. sampai aku termasuk dalam longkang. Cedera jugaklah siku aku.

9. Independence. Jarang-jarang nak harapkan orang lain kecuali kalau terpaksa.

10. Aku allergic pada habuk. Kalau hari ni redah habuk, esok aku kondem… demam!

11. Lelaki hensem… hohoho.. Aii suka. Lagi suka kalau dapat kenyit-kenyit mata.

12. Kalau aku takde mood, sila jangan kacau aku. Aku memang cepat bad mood.

13. Ayam. Sehari tak makan ayam macam setahun tak main. Oops!

14.Aku suka pakai kasut tumit tinggi yang runcing tumitnya. Rasa lebih konfiden. Pelik kan?

15. Aku malas nak tag sesapa. Aii nak bertafakur jap. Jumpa lagi esok… nak mimpi ngan Koko malam ni. Salam Cik Temah!

~ by adriananatasya on November 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: