Respon Manusia

Pernah tak bila kita masuk satu shopping complex then suddenly ada orang bagi kita flyers? pernah kan? Orang tu pasti hulurkan flyers tu ngan muka senyum yang sampai ke telinga dan bercakap seramah mesra yang mungkin ngan kita. Apa pulak respon kita? Ada yang berhenti sebentar dan dengar explenation orang tu. Ada gak yang angkat tangan tanda tak mahu flyers tuh. So tadi aku hantar stok tepung ke gerai syarikat kami di Pasar Tani SS7 di Kelana Jaya. Then aku decide nak lepak jap. Tengok flyers tu banyak lagi, so aku buat keputusan bodoh berdiri kat tengah-tengah jalan dan bagi flyers kat orang ramai. Mak bagilah sambil buat senyuman sampai ke telinga, dan pose cantik kat tengah-tengah jalan. So far oklah, semua yang aku bagi tu ambik flyers. Kalau abang hensem walaupon jauh aku sanggup kejar. Anak ikanpon mak kasi flyers ok! Terkebil-kebil anak ikan tu bila mak kasi flyers. Yang penting kat flyers tu ada nombor tepon aii ok.

Tapi yang buat aku hangen seluruh badan ngan satu minah indon ni. Aku dengan senyuman mesra hulurlah flyers, tapi dia pandang aku atas bawah dan buat bodoh je, terus jalan. Wwaahhh… perlu ke nak pandang mak atas bawah???? Mak taulah mak lagi chantekkk dari kau! Yang penting minah tu… I mean makcik la juga very the pesyen viktim sangat. Pakai skirt kembang ala-ala hindustan menari guling-guling ngan sequin lip-lap lip-lap di siang hari buta. Pastu pakai tudung macam citer Solehah gittew. Haruslah kene cerca ngan mak di dalam hati. Yang aku pon mengong pi kasi flyers kat orang gilak cam tuh. Pastu dandan lak dia pose cantik depan gerai kiterorang sambil catwalk nak dekat tujuh kali! Hohoho! Pastu ada lagi satu makcik ni pulak. Gaya cam orang kaya, siap pakai handphone canggih lagi. PDA tuh! Bila aku kasi flyers, dia cakap:

“Apa ni????

Then aku jawablah:

“Tepung segera kak..”

Selamba badak je dia kata:

“Tak mau lah!!!!!”

Ok fine… At least kau berterus terang gittew. Kapla hotak hang!!!! Wakakakaka!

However, pengalaman tadi sebnarnya mengajar aku gak. Biasanya kalau orang bagi flyers kat aku, aku takkan ambil. Biasanya aku angkat tangan je tanda NO! So sekarang aku pahamla… kalau orang dah bagi tu AMBIL saja!

~ by adriananatasya on December 3, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: