Please Kill Me!

Hidup kekadang nampak sempurna bagi sesetengah orang. Tapi hidup aku seringkali bertelagah antara setiap sudut dan sendi. Aku sangat emo sekarang. Di saat-saat sebegini aku mula teringat zaman silam, zaman yang kalau mampu ku ulang, akan ku ubah apa yang perlu kuubah. Perkara yang kutahu musibahnya di masa mendatang pasti ku usir dari takwim perjalanan terdahulu. Tapi apakan daya? Segalanya ibarat sudah terlambat.

Sekarang aku hanya mampu jadi orang bodoh. Menyalahkan takdir dan mengibaratkan hidup ini tidak adil. Tapi aku sendiri yang corakkannya. Salahnya di tangan aku sendiri yang mencanting. Warna yang kuadun sejak awal lagi sudah salah.

Jujur aku katakan, pemergian ayah kesayanganku ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu telah membuka mata aku selebar-lebarnya. Aku yang sebelum ini seakan membenci keluargaku mula rasa ambil berat, walaupun berat dipikul. Tapi itulah hakikatnya. Aku, insan terbiar di masa kecil, akhirnya salah memilih haluan, walaupun nampak sempurna di pandangan mata.

Dianggap sang cerdik di zaman sekolah tak bermakna kalau keluarga tak pandang pelajaran sebagai tongkat hidup. Itulah dendam yang masih tak terluput terhadap orang tuaku. Berbekas sehingga kini dan masih kekal parutnya. Apa yang aku mahukan kini? Kemajuan yang tak nampak akar umbinya.

Mungkin ruang ini terlalu kecil untuk kurungkai segalanya. Tapi sesungguhnya tiada siapa dapat mentafsir hati ini. Maaf, post kali ini agak EMOSI.

~ by adriananatasya on December 19, 2008.

3 Responses to “Please Kill Me!”

  1. Adik, it still not too late to fix things… to track the path you wish you’d have. The key is not to hold on to regrets and past too long. Move on and be strong!… Insyallah u akan berjaya:-)

    Rizal – Syd

  2. riana ko masih ada masa nk berubah.. masih ada masa tuh berpatah balik… ko belom jumpa penghujung jalan… perjalanan ko masih jauh… cuma ko belom jumpa destinasi yg sebenar… umur ko masih muda… masih ada masa tuk ko sambung pelajaran… cuma perlu di usahakan jer… janji ko perlu semangat nk tempuh liku2 dan rona2 kehidupan ni…. mcm ko kata.. ko yg mencorak kan kehidupan ko… tp ko still leh mewarnai kehidupan ko kan… renung2 kan…. dan selamat beramal…..

  3. masih ada peluang untuk berubah….pelan2 pun ok… step by step…

    aja2 fighting…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: