PASANG SURUT 2008

27 December 2008. Hari ni adalah hari jadi abang angkat aku, Fahmi. Dah lama benar aku tak jumpa dia. Paling akhir rasanya sewaktu majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahku tempoh hari. Apa agaknya khabar beliau sekarang? Di awan biru? Di negara asing atau di atas katil? Aku tak pasti. Yang penting aku tetap ingatkan dia. Persahabatan itupun macam pantai, ada pasang dan surutnya. Mungkin dahulu kita pernah bermasam muka, kemudian kembali ceria. Tapi itulah hakikat sebuah perhubungan. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Tiada panggilan untuk aku berkerja sejak kelmarin lagi. Bermaksud mungkin aku sudahpun kehilangan kerja itu. Aku tak mahu terlalu emosional memikirkan masalah ini. Mungkin ada silapnya di pihak aku. Tapi bukan benang basah yang cuba aku tegakkan. Mungkin kerja itu sendiri yang tidak sesuai dengan jiwaku. Dua kali bertukar kerja tahun ini, tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Misalnya baru-baru ini aku terpaksa berhenti kerana syarikatku bertukar lokasi. Lokasi yang gaka jauh untuk ke kejar.

Aku menanti 2008 yang sedih ini berakhir. Aku harapkan ada sinar di tahun baru nanti. Sinar yang membawa aku ke dunia yang lebih baik. Namun disebalik kepayahan yang aku terima ini, aku ucapkan sekalung terima kasih buat manusia yang terlalu menyayangiku, sentiasa berada di sisiku diwaktu susah dan senang. Hanya kau yang mampu mengerti hati dan perasaan ini. Terima kasih cinta!

Terima kasih cinta,
untuk segalanya,
kau berikan lagi,
kesempatan itu.
Tak akan terulang lagi,
semua…
kesalahan ku,
yang pernah menyakiti mu.

Maaf, entry kali ini agak, err.. skema?

~ by adriananatasya on December 27, 2008.

2 Responses to “PASANG SURUT 2008”

  1. …Lokasi yang gaka jauh untuk ke kejar…

    hik hik hik😀

  2. adeh… bloggers2 sekarang ni kene berhati2la. dah ada org menjawat jawatan Qualitu Controller. Dia semak sumer ejaan. Wakakakak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: