HARI INI – AHAD –

Aku bertandang ke sebuah majlis perkahwinan saudara aku di Ampang tengah hari tadi. Kalau dah nama majlis kahwin tentulah meriah. Tiada apa yang perlu aku ceritakan lagi. sepanjang perjalanan kami terserempak dengan satu kemalangan yang agak pelik. Sebuah kereta keluar dari simpang dan tidak membelok ke kiri atau kanan, sebaliknya terus ke hadapan dan terjunam di dalam parit. Serta merta keadaan menjadi sesak. Iyalah, rakyat Malaysia kan prihatin?

Baru sebentar tadi aku terserempak dengan satu suasana yang agak menyedihkan. Aku terjumpa seekor kucing berlumuran darah di dalam longkang. Kucing itu berwarna putih dan hampir-hampir mati. Aku pasti dia dilanggar oleh motorsikal. Kemudian terpelanting ke dalam longkang, atau sengaja dicampakkan ke dalam longkang. Sungguh biadap! Aku tak mampu berbuat apa-apa. Nafasnya kuat dan badannya sangat lemah. Ia mati beberapa minit kemudian, di depan mataku. Sesungguhnya aku memang tidak boleh melihat kucing disiksa sedemikian rupa. Ingatlah bahawa kucing itu haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sanggup memotong sejadah sewaktu hendak solat, kerana tidak mahu mengganggu kucing itu tidur. Air mataku menitis di situ juga.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Kak Yong. Semoga ceria selalu. Banyak-banyakkan hadiah kat aii barang kosmetik ok?

~ by adriananatasya on January 4, 2009.

4 Responses to “HARI INI – AHAD –”

  1. aku pun semalam ada terlibar ngan eksiden … (tp bkn aku la)

    huhuhu…. cian kucen tu…. ko ada koyakkan baju ko x bagi “dia”…?? huhuhu…

  2. ya allah!!!kejam btl org wat kucen jd mcm tu..huh!!!emo btl sa bab2 kucen ni..aduiiii..😦

  3. koyakkan baju untuk kucing tu? tak fahamla vivi..

  4. Tu le Nebe… kojam sangat org tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: