JOHOR TRIP – JANUARY 2009

Seperti mana yang telah aku beritahu terdahulu, aku berada di Johor bersama kawan aku selama dua hari. Banyak juga lokasi yang aku pergi, walaupun rumah kawan aku ni letaknya di dalam hutan belantara. Siyes memang hutan. Tak caya sudah! Kiri kanan nampak estet jek. Aku lak yang rasa cuak. Jalan lak macam ular. Sibbaik aku tak muntah dalam keter. Gunung Ledang antara lokasi paling awal kami pergi. Waktu tu dah petang dan tak ramai orang yang mandi manda di sini. Menurut kawan aku tu, kalau hari minggu suasana kat sini macam di Sungai Gabai. Ye lah, aku ni mana pernah datang sini. Tu yang agak jakun sikit. Agakla..


Aku tak ingat nama pokok ni, tapi dulu masa aku kecik mak aku ada tanam kat laman rumah. Kami adik beradik dilarang sama sekali bermain dengan pokok ni sebab boleh buat gatal kulit.


Cendawan-bukan untuk di makan. Selepas je aku snappy gambar ni aku tercium satu bau yang agak aneh. Baru je mulut jalang aku ni nak bersuara, terus kawan aku bagi isyarat diam. Terkejut aku jap. Ye la, kata orang-orang tua kalau tercium bau wangi secara tiba-tiba dalam hutan jangan ditegur. Sibbaik aku tak sempat tegur.


Apalah gunanya jadi paparazzi jika tak ada gambar anak ikan? FYI anak ikan ni sangat-sangat kiut. Kami terserempak dia di tangga waktu nak turun.


Pelampung untuk kanak-kanak tak tahu berenang. Colourful sangat. Aii suker!


Seterusnya kami bergerak ke rumah kawan aku di Labis, dekat-dekat ngan umah si Jezzy Sunshine tuh. Bapak hutan umah dia. Broadband takde line, pastu line Maxis akupun sekejap ada sekejap takkde. Macam biskut. Cuba dial-up ngan line Telekom, dapatla. Tapi cam menganjeng aku je. Slow mengalahkan siput babi. Akhirnya aku buat keputusan update blog bila sampai KL sajork. Ulam kat atas first time aku dengar dan aku makan. Namanya ulam Tenggek Burung. Sedap gilerr. Walaupun mak kawan aku ni memasak macam nak membunuh aku. Segenggam cili api dia tumbuk untuk masak sambal sardin. Sampai nangis-nangis aku makan.


Close-up sikit muka driver, Faizal yang bawa aku jalan-jalan sepanjang dua hari. Masa ni aku kat Melaka, on the way balik KL. Masa ni nak singgah jal kat rumah Incik Casper untuk kutip baju-baju dia yang tertinggal.


Pantai Klebang. Singgah sini untuk makan. Sedap jugak makanan kat area ni.

So, tula antara aktiviti sepanjang aku kat sana. Sekarang ni aku dah ada kat KL. Nak siap sedia pergi annual meeting StacyFrenz kat Taman Desa. Ciaww!!

More pictures, HERE.

~ by adriananatasya on January 8, 2009.

2 Responses to “JOHOR TRIP – JANUARY 2009”

  1. Seterusnya kami bergerak ke rumah kawan aku di Labis, dekat-dekat ngan umah si Jezzy Sunshine tuh. Bapak hutan umah dia.

    umah aku kat Bangi…kampong aku kat Labis..huhuhu…nak ketenangan..meh2 g kampong aku..ajak Stacy skalik..

  2. Terlampau tenang la Labis tuh. Hutan je kiri kanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: