10 JANUARY – A DAY TO REMEMBER

Awal pagi aku bangun hari ni. Sejak berhenti kerja ni tak pernah lagi aku bangun seawal ni. Sejak semalam lagi telefon aku tak berenti-renti berdering dari call sampaila ke sms. Semua nak ajak aku datang Sri Pentas TV3 Bandar Utama untuk ambil tiket-tiket Juara lagu yang dahpun di announce semalam kat tv dan internet. Tapi, nan adoo! Dahla kena berpanas, dahtu kene tengking herdik ngan Guard yang adoo ittew. Terimalah hakikat kau tu hanya guard, janganlah berlagak sangat. Kita tanya dengan baik, jawablah baik. Orang berbudi kita berbahasa.
Kemudian kami buat keputusan untuk jenjalang dulu kat One Utama sambil cari makanan untuk bersantap pagi. Aku dah makan kat rumah ekceli, tapi join sajorklah. Time kasihlah buat Kos dan Auntie X yang sudi membelanja hamba yang tak berdosa ini. Masa meredah Hotel One World tu sempat jugak berpossing barang sedas dua. Walaupun masa balik kami sesat seakan disorokkan hantu. balik-balik jumpa lif, dan dok dalam lif. nak dekat lima belas minit sesat. Apakan daya? Sudah nasib badan. Akhirnya berjaya juga sampai ke tempat yang dituju dengan menggunakan tangga.

Kami singgah di Foodcourt One Utama untuk bersarap pagi. Nik hafiz macam biasala, hidangan dia meliputi makan tengah hari dan makan malam sekali. Hari ni dia sibuk mengipas Liana yang baru dapat bonus. Hampehhh! Bila lak aku nak rasa Nik belanja aku ni? Lama juga kami menganyam ketupat di sana, siap buat TERJAH khas kepada Capik tentang hubungannya dengan Sun. Nak tau lebih lanjut? Tunggu edisi akan datang. Kos pulak sibuk mengutuk Megat tentang papaya yang berat sebelah. Apakah ittew?

Seterusnya acara bersantai di Bowling One Utama. selain bowling ada gak bebudak ni main bende-bende lain. Pertama kalila jugak tengok Mrs X dan Liana pegang kayu snuker. Macam menjolok buah cempedak diluar pagar kaedahnya. Bowling tu pulak aku menang. First time tu aku menang, mengalahkan Capik dengan satu mata sahaja dalam satu saingan yang sengit. Bebuak lain tu jentik je dengan jari, terus jatuh. Kos pulak masa mula-mula je strike, tapi adoo di akhir-akhir acara. Pendek kata memang fun la. Rugi pada sesapa yang tak ikut tu.


Aksi anak-anak ikan Megat di luar Sri Pentas. Dorang lagi awal sampai dari aku. Kagum jap aku. Memula aku ingat akula yang paling awal sampai. Kos macam biasala. Insan terakhir yang sampai. Bilalah dia nak insaf?


Aksi Liana. Ekceli tak kenapun bola tu. Dia hanya menjolok udara. Biasalah budak baru belajar. Macam Nik tu dah biasa dan expert bab menjolok ni.


Dah takde kerja, sementara menunggu giliran, buatla apa-apa saja aktiviti yang boleh dianggap siuman.


Kos tetiber mereng hari tu. Siap baring-baring bagai. Ketidak seimbangan hormon kah?

Gambar-gambar lain, di sini.

~ by adriananatasya on January 10, 2009.

4 Responses to “10 JANUARY – A DAY TO REMEMBER”

  1. Pendek kata memang fun la. Rugi pada sesapa yang tak ikut tu.

    uuuwwwaaa….terasa rugi sgt nih…nak terjun bangunan laa camni…………

  2. terjunla… sila.. sila… u jumpa… i lari… huhuhuhu…

  3. siyes mase nk turun tu mcm kene sorok ja..

    balik2 tempat sama..haha

  4. huakaka nik…mmg laa rasa mcm kena sorok..ko x tau ke riana tu dah kena sampok dek puteri gunung ledang…ntah2 yg kuar ngn korg bkn riana..hohohoho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: