VACATION

•January 14, 2009 • Leave a Comment
Telahpun mendapat kepastian bahawa aku akan pergi ke Melaka pada cuti Tahun Baru Cina ini selama dua hari. Ini kali pertama aku menyambut Tahun Baru Cina di Melaka, bersama-sama Casper, cina celup ittew. Bagaimanakah situasinya nanti? Tunggu saja beritanya. Jangan risau, Celcom Broadband kat Melaka agak laju la jugak. Huhuhu. Bagaimanapun aku akan pulang pada 27 haribulan untuk menghadiri satu majlis di rumah Puan Christina.

Manakala pada 30 dan 31 Januari serta 1 Febuari aku akan berada di Pulau Pinang, kali ini bersama-sama beberapa orang lagi untuk menyertai satu group tour. Percaya atau tidak, aku tak pernah lagi ke Pulau Pinang, so aku agak eksaited. Eksaited yang tak terhingga ni!

Cuti cuti..
Rehat minda!

BACK TO NORMAL. PERHAPS?

•January 13, 2009 • Leave a Comment

Smile… Aku baru je buat air kopi sekejap tadi. Giler tak minum kopi pada pukul 4.00 pagi? Malam ni mata aku ni degil taknak tertutup. Last-last aku tukar layout blog aku. Susah kan nak lupakan orang yang kita sayang? Hurm, tak habis lagi cerita pasal ni rupanya. Entahlah, maybe esok lusa aku ok balik kot? Yelah, korang selalu nampak kat mana ada aku, kat situ ada dia. Mestilah hubungan kami sangat rapat. Jadi bila dia terpaksa ikut kehendak mak dia, duduk kat kampung, maknanya aku akan kehilangan kawan la. Takde dah kawan nak duduk sebelah aku AJL ahad ni. Takde gak kawan aku nak ajak gi audition AF7. Jangan giler!

Bab sama, mak akupun pernah paksa aku duduk kampung je, since my father passed away. tapi aku berkeras taknak. Lagipun kakak aku ada, dok sebelah umah je. Apa nak heran? Lagipun tiap bulan aku balik jenguk. Dan akhirnya hujah-hujah aku diterima jugak. Dapatlah aku terus dok kat kotaraya ni.

Dear Faizal,

Aku pegang janji ko akan datang lawat aku selalu.

Aku ucapkan selamat maju jaya buat kau. Ingat pesan aku, jangan panas baran sangat.

Kaulah kawan yang terbaik pernah aku miliki seumur hidup aku.

P/S: Aku ngan dia hanya sahabat baik, jangan buat spekulasi lain lak. Ingat 27 hb ni besday aku dan Casper. Ko dah janji nak datang kan?

SEDIH DAN MASIH BERSEDIH

•January 13, 2009 • 2 Comments
Mood sedih, sedih dan sedih. Aku baru sms Faizal. Tanpa sedar air mataku dah mengalir. Sedih sangat. Dia dah dalam perjalanan balik Johor. Mungkin untuk selama-lamanya. Arrgghh… Aku tak pernah rasa happy sehappy dengan dia. Walaupun kami cuma kawan. Aku jarang dihargai seegini rupa. Malah banyak rahsia yang dikongsi bersama. Tak taulah bila aku nak ok balik ni. Memang aku sedih sangat ni.

KEHILANGAN

•January 13, 2009 • Leave a Comment
Hari ini mungkin hari terakhir. Seorang kawan, sahabat, teman akan pulang. Aku tak pernah rasa sebegini, tapi dialah satu-satunya kawan yang paling aku percayai, paling aku hormati.

Mungkin dia ada alasan tersendiri, yang tak mampu diluahkan kepada aku. Yang mana mungkin tak mampu dielakkan lagi. Sungguh aku terasa satu kehilangan. Terlalu banyak kenangan manis yang telah dilalui. Aku tak mampu mengubah keadaan.

Tersadar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

AFGAN- TERIMA KASIH CINTA

MARI MENDERMA

•January 12, 2009 • 6 Comments
Apakah ini? Gambar-gambar yang dicilok dari website ini menunjukkan satu acara derma yang jarang-jarang berlaku di Malaysia. Kalaulah acara derma ini ada kat Malasyia, aku dengan sukarela ingin berkerja macam nurse (Nurse kah ittew?) dalam gambar tu. Hahahahha. Ok apa? Lagipun pakai tangan jek. Tak perlu sampai sakit-sakit leher gittew. Alih-alih tangan je yang lenguh. Oooppss…..

SIAPA AERIL ANDY?

•January 11, 2009 • 3 Comments
Siapa Aeril Andy? Ekceli akupun tak jumpa-jumpa sebarang profile tentang budak ni di internet. Kiranya masih misteri la. Yang aku tau dia ni berlakon dalam Kisah Qaisara 1. Aku haram kejadah trak pernah nonton drama tu. Tapi dia kiut kan?
Tiap kali aku nampak lelaki yang kiut atau hensem mesti aku perasan yang dorang tengok aku, walhal non adoo. Sapalah nak tengok aku yang macam lembu nih. Huhu. Boypren akupon adoo jugak. Wwwah… larriikks… tercarut boypren sendiri pulak.
Kenapa ek entry ini wujud? Sebab aku takleh tidurla uols. Dah macam insomnia dah. Tiap-tiap hari aku tidur after kul 4. Apa nak buat ni? Semalam aku try makan ubat tidur, berjayala jugak tidur pada pukul 3.45 pagi. Wakakka, cam tau jek aku tido jam berapa. Taklah, sebab aku ingat lagi ada sms masuk masa tu, pastu aku gollll.

Kenapa muka mamat ni masih enterprem? Eh! Blog aku, suka ati aku la! Huhuhu.

Well, meh berlucah sikit. Aku dapat info tentang saiz ciknek dan bangsanya. Betul atau tidak tak taulah. Tapi aku rasa macam betul. Huhuhu. Check it out!


Chinesse : 11 cm
Malay : 13 cm
Indians : 17 cm
Caucasions : 16 cm
African : 19 cm

Well, semua orang pegang pembaris sekarang ok? African 19 cm? Mau rabak wei! Malay 13 cm je, oklah tu dari takde kan? Huhu. Yaa Ampunnn… mengarutnya aku di pagi-pagi buta ni. Macam manapun aku prefer melayu. Hahahah.

WHAT’S LIFE WITHOUT PROBLEMS?

•January 11, 2009 • Leave a Comment
Erm… hari ni Faizal kene paksa balik Segamat oleh mak dia dan berkerja di sana. Kesian dia, kesian gak kat aku sebab dia satu-satunya kawan aku kat KL ni. Aku harap dia berjaya kelentong mak dia supaya boleh terus dok KL. Sob, sob.

Aku baru balik makan malam kat Pijahat. (Matila tak boikot) Aku dibelanja oleh Incik Casper setelah kad visanya dah boleh guna balik hari ni. Semalam adoo! Aku makan Curry Chicken Rice dengan lahapnya, manakala Faizal dan Casper membalun spagghetti.


Aku masih bingung memikirkan tentang Faizal. Dia lebih tua dari aku, so aku harap dia lebih matang dalam membuat keputusan.

TERJAH!!!! ADAKAH BENAR CAPIK MENYINTAI JASMIN???

•January 10, 2009 • 6 Comments
Atas idea dan nasihat dari bos kami iaitu Incik Kos, kami berjaya menyoal siasat Capik yang didakwa mempunyai hubungan dengan Jasmin. Masing-masing telah mengemukakan hujah dan bukti masing-masing, dan kini tibalah masanya untuk menerjah Capik. Tapi khannn??? Kalau betulpon kowang ada affair, ada aku kesah???? Yang penting selamat berbahagia. Khannn????
Edisi pertama. Nak tau yang seterusnya?


BOWLING BOWLING BOWLING

•January 10, 2009 • 8 Comments
Selesai aktiviti di One Utama kami bertempiaran pula ke Ampang Point. Kononnya kat sini lagi happening kalau main bowling. Aku jenjalang ke Bangsar dulu untuk jemput Incik Casper dari office. Pastu barulah merempit ke Ampang. Sampai je kat sana rupanya Cik Eleza Zaaba Ajis dah sedia menanti dengan lagak seorang cempien. Namun sifat waraknya ditutup oleh bau stokin busuknya yang sangat menusuk hidung. Charm datang join kami manakala Liza pula pulang awal untuk masak nasi buat suami.
Kaki sapa yang tetiber berbalut kain kapan hitam ittew? Hansuang sungguh orang jawa yang enterprem kaki berbalutnya ittew. Di Ampang aku tewas, hanya berjaya menduduki Top 5 sahaja. Maklumlah, kebangkitan Eleza dan Woohomae. Aku tak dapat buat apa-apa. Yang penting kalau Mae yang baling bola, kiterorang sempat masak ayam masak kicap sementara tunggu bola tu sampai kat pin. Lontarannya cuma selaju 1 meter/saat. Cubala bayangkan! Nasib baik tak esok baru settle!
Pelbagai aksi mandrem dari pejuang-pejuang StacyFrenz. Aku dan Eleza buat mandrem makyong dan parkinson manakala Nik Hafiz dan Capik pulak buat mandrem ala-ala nak membesarkan telor. Besarkah telor mereka??? Hanya Megat yang tahu.

Nik Hafiz tewas juga di Ampang walaupun berlagak kononnya dia akan menang di kampung sendiri. Hey, kampung ko kan kat Terengganu? Apa kes nak berangan? Di Ampang hormon Kos semakin tak seimbang. Dia sempat mebuat aksi-aksi porno di hadapan ribuan penonton yang menyaksikan perlawanan kami. Antaranya aksi tonggeng dan aksi terlentang.

Walaupun begitu kami rasa telah disumpah (bukan sumpah-sumpah) kerana lane kami asyik stuck. Mungkin aura Ann dan kaki simennya yang telah menakutkan lane kami sampai stuck sajork. (Penat pulak aku buat laporan pasal bowling ni, adeiii!)

Selesai bersukan, kami mentekadarah kat Setapak (kot?) di kedai BUKAN milik makcik ELEZA. Char Kuew Teow special dengan udang besar yang sangat banyak. First taim aku datang sini. takjub gak aku tengok orang sampai beratur nak beli char kuew teow kat kedai ni. Aku yang dah kelaparan hanya membedal tanpa memandang kiri, kanan ataupun belakang. Yang penting aku dan Charm bedal udang tu dengan kulit-kulitnya sekali. Incik Casper lak campak kulit udang atas lantai. lagi dasssaaaattt! Sedap jugak. Balik Puchong aku balun pulak mekdonel. Lapar wei bersukan ni!


Ann dan Capik dengan aksi masing-masing. Harap maklum, itu bukan wanita melayu terakhir. Sila jangan terpedaya!

Kebuluran tidak mengira tempat.

Aksi merebut lelaki. Diharap Sun tidak cemburu. Hiks!

Amukan tentera bergajah. Makan, makan dan makan. Yang kanan sekali tu tentera tikus.

Lagi gambar? Di sini.

10 JANUARY – A DAY TO REMEMBER

•January 10, 2009 • 4 Comments
Awal pagi aku bangun hari ni. Sejak berhenti kerja ni tak pernah lagi aku bangun seawal ni. Sejak semalam lagi telefon aku tak berenti-renti berdering dari call sampaila ke sms. Semua nak ajak aku datang Sri Pentas TV3 Bandar Utama untuk ambil tiket-tiket Juara lagu yang dahpun di announce semalam kat tv dan internet. Tapi, nan adoo! Dahla kena berpanas, dahtu kene tengking herdik ngan Guard yang adoo ittew. Terimalah hakikat kau tu hanya guard, janganlah berlagak sangat. Kita tanya dengan baik, jawablah baik. Orang berbudi kita berbahasa.
Kemudian kami buat keputusan untuk jenjalang dulu kat One Utama sambil cari makanan untuk bersantap pagi. Aku dah makan kat rumah ekceli, tapi join sajorklah. Time kasihlah buat Kos dan Auntie X yang sudi membelanja hamba yang tak berdosa ini. Masa meredah Hotel One World tu sempat jugak berpossing barang sedas dua. Walaupun masa balik kami sesat seakan disorokkan hantu. balik-balik jumpa lif, dan dok dalam lif. nak dekat lima belas minit sesat. Apakan daya? Sudah nasib badan. Akhirnya berjaya juga sampai ke tempat yang dituju dengan menggunakan tangga.

Kami singgah di Foodcourt One Utama untuk bersarap pagi. Nik hafiz macam biasala, hidangan dia meliputi makan tengah hari dan makan malam sekali. Hari ni dia sibuk mengipas Liana yang baru dapat bonus. Hampehhh! Bila lak aku nak rasa Nik belanja aku ni? Lama juga kami menganyam ketupat di sana, siap buat TERJAH khas kepada Capik tentang hubungannya dengan Sun. Nak tau lebih lanjut? Tunggu edisi akan datang. Kos pulak sibuk mengutuk Megat tentang papaya yang berat sebelah. Apakah ittew?

Seterusnya acara bersantai di Bowling One Utama. selain bowling ada gak bebudak ni main bende-bende lain. Pertama kalila jugak tengok Mrs X dan Liana pegang kayu snuker. Macam menjolok buah cempedak diluar pagar kaedahnya. Bowling tu pulak aku menang. First time tu aku menang, mengalahkan Capik dengan satu mata sahaja dalam satu saingan yang sengit. Bebuak lain tu jentik je dengan jari, terus jatuh. Kos pulak masa mula-mula je strike, tapi adoo di akhir-akhir acara. Pendek kata memang fun la. Rugi pada sesapa yang tak ikut tu.


Aksi anak-anak ikan Megat di luar Sri Pentas. Dorang lagi awal sampai dari aku. Kagum jap aku. Memula aku ingat akula yang paling awal sampai. Kos macam biasala. Insan terakhir yang sampai. Bilalah dia nak insaf?


Aksi Liana. Ekceli tak kenapun bola tu. Dia hanya menjolok udara. Biasalah budak baru belajar. Macam Nik tu dah biasa dan expert bab menjolok ni.


Dah takde kerja, sementara menunggu giliran, buatla apa-apa saja aktiviti yang boleh dianggap siuman.


Kos tetiber mereng hari tu. Siap baring-baring bagai. Ketidak seimbangan hormon kah?

Gambar-gambar lain, di sini.